Tuesday, November 30, 2010
@ 8:02 PM
Pagi yang indah dirosak gara-gara terpaksa pergi kelas tambahan, menghadap muka Ayahanda yang penuh semangat juang memberi ceramah. Surat yang telah diedarkan memberi notis balik tepat pukul 10.30, namun akibat celoteh yang sukar dihentikan, semua pelajar terpaksa balik pada pukul 11. Seronok? Ahh, kamu jangan nak perli dengan muka tersengih-sengih tu, betapa terseksa jiwa dan raga kami, menahan telinga mendengar celoteh yang tiada penghujungnya. Akhirnya aktiviti bersembang dapat melepaskan rindunya, ayahanda bercakap di depan, kami ada sesi kami tersendiri, sopan bukan? Namun aktiviti itu terpaksa dihentikan, terima kasih ayahanda kerana menegur, jasamu amat dihargai. Esok, ayuh rakan-rakan. Kita ramai-ramai belajar Bahasa Melayu di kelas tercinta 4 PD2 (oh, kelas tumpangan sebenarnya) Hari ni bawak kek, oh kek dia, boleh lah, tidak lah sesedap kek secret recipe, namun masih boleh ditelan. Tapi cara dia decorate kek lawa. Kepada Afiqah Hazwani, pepatah orang tua, orang tamak selalu rugi, budak bertuah, ada ke patut kau bagi sisa kau dekat Amni dengan Aida, kesian dekat diaorang. Kau ni buat dajjal pagi hening ni pulak. Esok siap kau, budak ini harus diberi pengajaran.