Wednesday, November 24, 2010
@ 7:46 PM
Bangun pagi, sang suria sudah menunjukkan belang, little birdies yang bernyanyi riang mengejutkan saya. Okay saya tipu, suara yang mengejutkan saya ialah suara ibu yang cuba mengejutkan saya demi mendapat kunci rumah, pagar lupa nak bukak, saya yang sedang enak diulit mimpi, tergendala..... Selepas itu lappy dicari demi menghiburkan diri, senaman camwhoring dimulakan bersama Qis, dia sudah siap hendak pergi ke Ikea, manakala saya masih kelihatan selekeh dengan baju tidur. Pergi ke ruang tamu kelihatan tiada satu ahli keluarga saya sudah terjaga, masing-masing masih diulit mimpi, di meja tiada santapan yang disediakan. Lantas pergi ke dapur, untuk selongkar, terjumpa nugget, ah belasah sahaja, asal perut saya tidak membuat orchestra. Kelihatan mood hendak menulis semakin lama, semakin pudar, jadi saya mengambil keputusan yang bijaksana ingin merehatkan diri.
p/s: Iman, baru aku tahu kenapa kau tak tulis entry, bila kreativiti hendak menulis disekat, pandang lah lappy itu lama mana pun, ia tidak akan muncul .
Labels: -wns-