Painting your dreams
profile tagboard links misc
Hey you. Yes you. Navigations

are on the left. saw? good.

This site is owned by Girl. Do not redistribute anything from here.









© Copyrighted 2008 - 2010. All rights reserved.
Monday, December 6, 2010
@ 8:46 PM

Aku rasa blog ni semak, first memang rasa comel, tapi semak lah pulak, nak tukar skin diaaa

Tuesday, November 30, 2010
@ 8:02 PM

Pagi yang indah dirosak gara-gara terpaksa pergi kelas tambahan, menghadap muka Ayahanda yang penuh semangat juang memberi ceramah. Surat yang telah diedarkan memberi notis balik tepat pukul 10.30, namun akibat celoteh yang sukar dihentikan, semua pelajar terpaksa balik pada pukul 11. Seronok? Ahh, kamu jangan nak perli dengan muka tersengih-sengih tu, betapa terseksa jiwa dan raga kami, menahan telinga mendengar celoteh yang tiada penghujungnya. Akhirnya aktiviti bersembang dapat melepaskan rindunya, ayahanda bercakap di depan, kami ada sesi kami tersendiri, sopan bukan? Namun aktiviti itu terpaksa dihentikan, terima kasih ayahanda kerana menegur, jasamu amat dihargai. Esok, ayuh rakan-rakan. Kita ramai-ramai belajar Bahasa Melayu di kelas tercinta 4 PD2 (oh, kelas tumpangan sebenarnya) Hari ni bawak kek, oh kek dia, boleh lah, tidak lah sesedap kek secret recipe, namun masih boleh ditelan. Tapi cara dia decorate kek lawa. Kepada Afiqah Hazwani, pepatah orang tua, orang tamak selalu rugi, budak bertuah, ada ke patut kau bagi sisa kau dekat Amni dengan Aida, kesian dekat diaorang. Kau ni buat dajjal pagi hening ni pulak. Esok siap kau, budak ini harus diberi pengajaran. 

Thursday, November 25, 2010
@ 4:36 AM

Okay, tolong lupakan entry lepas yang tidak masuk akal, ini disebabkan saya baru mahu berjinak-jinak dalam dunia blog. Mari kita semua lupakan sengketa lama dan terus maju ke hadapan, bak kata The Robinson Family "Keep Moving Forward". Kini saya ingin memperkenal kan twiiin saya, juga ingin merakamkan penghargaan kerana buat blog saya ini, nampak sweet, hikhik. 




Inilah dia, twiin saya. Muka kami tidak lah serupa tapi Pn. Hamidah kata kami kembar. 
Cik Nurul Iman Alias, terima kasih, jasamu amat dihargai.


Wednesday, November 24, 2010
@ 7:46 PM

Bangun pagi, sang suria sudah menunjukkan belang, little birdies yang bernyanyi riang mengejutkan saya. Okay saya tipu, suara yang mengejutkan saya ialah suara ibu yang cuba mengejutkan saya demi mendapat kunci rumah, pagar lupa nak bukak, saya yang sedang enak diulit mimpi, tergendala..... Selepas itu lappy dicari demi menghiburkan diri, senaman camwhoring dimulakan bersama Qis, dia sudah siap hendak pergi ke Ikea, manakala saya masih kelihatan selekeh dengan baju tidur. Pergi ke ruang tamu kelihatan tiada satu ahli keluarga saya sudah terjaga, masing-masing masih diulit mimpi, di meja tiada santapan yang disediakan. Lantas pergi ke dapur, untuk selongkar, terjumpa nugget, ah belasah sahaja, asal perut saya tidak membuat orchestra. Kelihatan mood hendak menulis semakin lama, semakin pudar, jadi saya mengambil keputusan yang bijaksana ingin merehatkan diri. 




p/s: Iman, baru aku tahu kenapa kau tak tulis entry, bila kreativiti hendak menulis disekat, pandang lah lappy itu lama mana pun, ia tidak akan muncul .

Labels: